Stanford University

Kak Amira Terima Ijazah Stanford University #2 Terbaik Di Dunia THE World Ranking + Lagu “Warisan”



Vidoto (video gambar) kenangan masa graduation Kakak Amira daripada Stanford University, California pada tahun 2012.

Semoga menjadi inspirasi kepada semua, sepertimana kejayaan Kakak Amira telah menjadi inspirasi kepada adik2 beliau. Stanford Universiti adalah No. 2 terbaik di dunia dalam THE World University Rankings 2011-2012 & 2012-2013 (http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/2011-12/world-ranking), setanding dengan Harvard.

Pada tahun 2014, Stanford university buat kali pertama meraih juara sebagai universiti terbaik di Amerika dan menjadi impian setiap pelajar sekolah menengah, menurut Business Insiders, mengalahkan Massachusetts Institute of Technology (http://www.businessinsider.com/why-stanford-university-is-an-awesome-college-2014-9).

Of course ranking berubah2 setiap tahun, contohnya pada tahun 2014 Stanford ranking adalah #3. Walau bagaimana pun memang susah nak masuk universiti2 prestij seperti ini, dan tak ramai anak2 Melayu kita yang dapat masuk, kalau ada pun dari Malaysia, kebanyakannya adalah Cina.

World University Rankings 2011-2012
Rank Institution Location
1 California Institute of Technology (Caltech) United States
2 Harvard University United States
2 Stanford University United States
4 University of Oxford United Kingdom
5 Massachusetts Institute of Technology (MIT) United States
6 Princeton University United States
7 University of Cambridge United Kingdom
8 Imperial College London United Kingdom
9 University of California, Berkeley United States
10 University of Chicago United States

Untuk tatapan ahli keluarga yang tidak dapat pergi masa tu (Amirul & Asfa), juga kepada sedara mara dan sahabat handai walau di mana anda berada yang tidak dapat bersama kami semasa trip untuk tengok kakak terima ijazah dan lepas tu bersiar2 ke San Francisco.

Semoga jua anda terhibur dengan lagu latar daripada lagu “Warisan” nyanyian Rosli Derani yang sangat bermakna, sama ada kepada mereka yang patriotik mahupun kepada mereka yang sentimental.

Ayat pertama “Di sini lahirnya sebuah cinta”, kepada Puan Shima dan suaminya amat bermakna kerana di California jugalah titis2 cinta antara mereka mulai bersemi. Di Jan Jose Silcon Valley ini jugalah lahirnya idea untuk youtube channel MalayUSA & EyeOnAiman yang diilhamkan oleh Aiman.

“Dibumi ini ku melangkah, Keutara selatan timur dan barat, Ku jejaki” – Mereka pernah berhijrah, menjelajah dan tinggal di merata2 Amerika termasuk Azusa-California, Cleveland-Ohio, Minneapolis-Minnesota, Jonesboro-Arkansas dan akhirnya New Haven-Connecticut.

Kami bukan perwira yang gagah menghunus senjata, namun kami rela berjuang dengan cara yang tersendiri…kamilah penyambung warisan…MalayUSA…”Tidak Melayu Hilang Di Dunia.”

p/s: Sorry gambar laju sikit (cuma 1 second per frame), memang sengaja buat camtu sebab nak cuba muatkan sebanyak mungkin gambar dalam satu lagu ni…

Lirik Lagu Warisan (Juga Dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad)

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

ABOUT:

The Times Higher Education World University Rankings 2012-2013 powered by Thomson Reuters are the only global university performance tables to judge world class universities across all of their core missions – teaching, research, knowledge transfer and international outlook. The top universities rankings employ 13 carefully calibrated performance indicators to provide the most comprehensive and balanced comparisons available, which are trusted by students, academics, university leaders, industry and governments.

12 Comments

Click here to post a comment

Follow us